Rangkaian Produk Kami
Alat ganti tulen jenama terkenal tempatan dan antarabangsa boleh didapati di Sriho Auto Parts Sdn Bhd dengan harga yang berpatutan. Kami adalah pengimport terbesar alat ganti kenderaan di kawasan Beaufort. Di Sriho Auto Parts Sdn Bhd, kami sentiasa memastikan stok alat ganti yang diperlukan tersedia bagi memenuhi keperluan anda. Ini adalah untuk menjamin bahawa perkhidmatan kami memenuhi slogan kami iaitu, Fair Price, Quality, Speed.
Selain daripada alat ganti tulen, kami juga menyediakan alat ganti lepas pasaran dan OEM yang berkualiti seperti APM, Denso, Bosch, Waldex, dan sebagainya. Antara alat ganti yang boleh didapati di pusat perkhidmatan kami termasuklah:
JAMINAN UNTUK SEMUA ALAT GANTI
Terma & Syarat AM
Jaminan ini TIDAK akan meliputi atau akan dibatalkan & tidak sah sekiranya berlaku salah satu kejadian yang berikut semasa berada dalam tempoh waranti :
1. Kerosakan akibat daripada penggunaan aksesori yang tidak sesuai, alat ganti yang tidak asli, pembukaan, perbuatan merosakkan, pengubahan dan pembaikan yang mempengaruhi prestasinya.
2. Kerosakan akibat kecuaian, kemalangan, bencana, penyimpanan atau penyelenggaraan yang tidak wajar, penyalahgunaan yang jelas disebabkan oleh beban yang melebihi kemampuannya