


Sinopsis mengenai
latar belakang
sriho auto parts
Syarikat kami mula beroperasi pada 17 Julai 1987 dengan nama Sriho Auto Parts Centre yang menyediakan perkhidmatan membekal alat ganti dan penyelenggaraan kenderaan. Dan pada 17 Ogos 1994, kami menukar nama syarikat kami menjadi SRIHO AUTO PARTS SDN. BHD. dan telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dan merupakan syarikat sendirian berhad.
Syarikat kami yang pada mulanya hanya menawarkan perkhidmatan membekal alat ganti dan penyelenggaraan kenderaan telah menambah perkhidmatan penyelenggaraan penghawa dingin kereta kereta bermula April 2016. Selain itu syarikat kami juga menjadi syarikat tunggal yang membekalkan alat ganti kepada Kolej Vokasional Beaufort (Bengkel Automotif) untuk kegunaan pembelajaran sejak tahun 2011 dan menjadi Panel Penasihat Teknikal bagi Program Teknologi Automotif.
Sriho Auto Parts Sdn. Bhd. juga merupakan syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan sebagai panel yang membaiki dan menyelenggara kenderaan jabatan kerajaan seperti kenderaan Pejabat Kesihatan Kawasan, Jabatan Kebajikan Am dan Jabatan Sukarelawan Malaysia di daerah Beaufort.

Dengan slogan ” Fair Price, Quality, Speed” kami sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat kami selain mampu menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan melalui persaingan sihat dengan syarikat yang lain.
MAKLUMAT PEMIMPIN SYARIKAT
CARTA ORGANISASi
