Pelanggan datang ke Sriho Auto Parts kerana mendapati kereta #Nissan #Navara dia mengeluarkan bunyi “dup dup” semasa memandu.

Selepas kereta diperiksa oleh mekanik kami, #RackEnd dikesan telah longgar dan menyebabkan kereta mengeluarkan bunyi “dup dup” tersebut. Kerosakan rack end akan menyebabkan kesukaran untuk mengawal steering terutamanya dalam permanduan yang laju. Oleh itu, mekanik kami menasihatkan pelanggan bahawa rack end perlu ditukar untuk keselesaan, keselamatan dan kestabilan semasa dalam pemanduan.

Setelah mekanik kami menukar alat ganti yang baru, mekanik membuat pemeriksaan sekali lagi untuk memastikan kereta pelanggan dalam keadaan yang baik.

Kini, pelanggan berasa senang hati memandu kereta beliau di jalan raya.

HUBUNGI KAMI SEGERA

🎯Membuat temujanji dengan butang “Book Now”

☎️ 087-225 181 / 0128122520

📍 𝐋𝐨𝐜𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧

➡️ Waze : Sriho Auto Parts Sdn Bhd

srihoauto.com