Tentang Kami

Syarikat kami mula beroperasi pada 17 Julai 1987 dengan nama Sriho AutoParts Centre yang menyediakan perkhidmatan pembekalan dan penyelengaraan kenderaan. Dan pada 17 Ogos 1994, kami telah menggantikan nama syarikat kami menjadi SRIHO AUTO PARTS SDN. BHD. dan telah diperbadankan di bawa Akta Syarikat 1965 sebaga sebuah syarikat berhad menurut syer dan merupakan syarikat sendirian.

Syarikat kami yang pada mulanya hanya menawarkan perkhidmatan pembekalan dan penyelengaraan kenderaan telah menambah perkhidmatan penyelenggaraan penghawa dingin kereta kereta bermula April 2016. Selain itu syarikat kami juga menjadi syarikat tunggal yang membekalkan alat ganti kepada Kolej Vokasional Beaufort (Bengkel Automotif) untuk kenggunaan pembelajran sejak tahun 2011 dan menjadi Panel Penasihat Teknikal bagi Program Teknologi Automotif.

Sriho Auto Parts Sdn. Bhd. juga merupakan syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam bidang bekalan/perkhidmatan sebagai panel yang membaiki dan menyelenggara kenderaan jabatan kerajaan seperti kenderaan Pejabat Kesihatan Kawasan, Jabatan Kebajikan Am dan Jabatan Sukarelawan Malaysia di daerah Beaufort.

 

Dengan slogan ” Fair Price, Quality, Speed” kami sentiasa berusaha untuk memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan dan ini dapat meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat kami selain mampu menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan melalui persaingan sihat dengan syarikat yang lain.

WhatsApp WhatsApp kami